Kasih suami kepada isteri tercinta sehingga sanggup menjual harta benda demi untuk melihat isteri sihat seperti sedia kala. Inilah cerita yang sering kita dengar namun sedarkah kita tentang kewujudan Takaful sebagai usaha untuk mengatasi waktu-waktu sedemikian......
Sumber : Berita Harian (21 Oktober 2004)
Oleh: Daud Awang
Melaka: Aidilfitri kali ini bagi keluarga seorang kontraktor kecil di sini tidak mungkin semeriah sebelumnya apabila semua hartanya terpaksa dijual semata-mata mahu menyelamatkan isterinya yang kini terlantar di Pusat Perubatan Mahkota (MMC), sejak empat bulan lalu.
Mohd Amin Yahya, 54, melakukan pelbagai usaha untuk membiayai rawatan isterinya, Sharifah Zalekha Syek Ismail, 45, yang koma selepas menjalani pembedahan barah payu dara buat kali kedua.
Beliau sudah menjual rumah, kereta dan motosikal untuk membiayai kos rawatan pembedahan sebanyak RM77,000 yang dikenakan oleh pusat perubatan itu, tetapi belum mencukupi.
Katanya, agak sukar baginya mencapai jumlah itu kerana selain kemampuan kewangan yang terhad, beliau tidak lagi boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan kerana terpaksa menjaga isteri setiap hari.
Sebelum ini, Majlis Kanser Nasional (Makna) serta Badan Amal Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) masing-masing menyumbang RM3,000 dan RM5,000 bagi membiayai kos pembedahan kali pertama barah payu dara isterinya tahun lalu.
"Tetapi penyakitnya berjangkit kesebelah kiri dan memerlukan pembedahan kedua Jun lalu. Sejak itu, kosnya meningkat hingga RM77,000 dan saya menghadapi masalah menjelaskannya," katanya.
Mohd Amin berkata, beliau turut memohon bantuan dari Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) melalui sepucuk surat pada Julai lalu tetapi tidak mendapat layanan.
Katanya, yayasan itu memaklumkan secara lisan bahawa tidak ada peruntukan untuk membiayai kes penyakit kronik seperti dialami isterinya.
"Sebagai jalan terakhir, saya perlu mendapatkan pertolongan media kerana ini adalah ikhtiar terakhir sebelum sesuatu terjadi kepada isteri saya,"katanya.
Beliau berkata, tanpa pertolongan mana-mana pihak adalah sukar isterinya keluar dari pusat perubatan itu.