"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..." Surah Al baqarah : Ayat 240

Penyakit Spesifik

Kad Perubatan PruBSN tidak melindungi peserta daripada penyakit spesifik yang berlaku di dalam 120 hari pertama daripada tarikh sijil Takaful.

Penyakit-penyakit spesifik adalah bermaksud penyakit -penyakit berikut dan keadaan-keadaan berkaitan dan komplikasi-komplikasi yang berlaku di dalam seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan Takaful tidak kira samada Orang yang dilindungi sedar atau tidak :

1. Hipertensi, Diabetes & Kardiovaskular

2.Tumor, Kanser, Sista, Nodul, Polip, Batu Karang

3. Penyakit Telinga, Hidung & Tekak (ENT)

4. Hernia, Hemoroid, Fistula, Hidrosele, Varikosele

5. Endometriosis atau Disfungsi Pendarahan Uterina

6. Gangguan Spina Vertebro & Penyakit Lutut