"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..." Surah Al baqarah : Ayat 240

Konsep & Ciri-ciri Takaful


Takaful ialah satu konsep saling membantu yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian tanggunggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu peserta tersebut serta peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.


- Sistem Islam 
- Sumbangan At-Tabarru'at 
- Pelaburan halal
- Majlis Pengawasan Syariah 
- Tiada unsur RIBA
- Tiada unsur MAISIR (Judi)
- Tiada unsur GHARAR (Ketidakpastian)
- Al-Mudharabah (Perkongsian untung)